Berita Pengangkutan

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya

Mar 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KOTA KINABALU,15 Mac - Kesemua penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan DSP Dun Banir telah ditutup pada pukul 9.00 pagi.

"Kesemua tujuh orang daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.