Berita Pengangkutan

Liputan 5G di Johor melebihi purata nasional

Feb 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Purata liputan rangkaian 5G di Johor mencatatkan kadar lebih tinggi berbanding purata nasional,iaitu 84.2 peratus berbanding 82.4 peratus di seluruh negara / Foto Hiasan

KULAI,28 Februari – Purata liputan rangkaian 5G di Johor mencatatkan kadar lebih tinggi berbanding purata nasional,iaitu 84.2 peratus berbanding 82.4 peratus di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata penggunaan rangkaian 5G turut menunjukkan peningkatan ketara,dengan jumlah pengguna kini mencapai 53.35 peratus berbanding 24.6 peratus tahun lalu.

Sementara itu,kadar liputan rangkaian 4G di Johor telah mencapai 99.9 peratus sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menurutnya,perkembangan ini dapat dimanfaatkan dalam pelbagai sektor,khususnya kesihatan,bagi memudahkan pemantauan dan saringan digital.

“Sebenarnya banyak peralatan yang boleh digunakan tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi atau masa yang panjang. Oleh itu,kami ingin membawa teknologi serta penyedia penyelesaian ke kawasan-kawasan tertentu supaya penduduk boleh merasai sendiri serta lebih peka terhadap perkhidmatan dan teknologi yang tersedia untuk penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Rintis Future Health for All (FH4A) di Dewan Raya Putra,di sini.