Berita Pengangkutan

Sun Life lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO Unit Takaful

Feb 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT),Noor Azam Mohd Yusof

KUALA LUMPUR,19 Februari- Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb,2025.

Beliau menggantikan Jeffry Azmi yang telah bersara.

Dalam satu kenyataan hari ini,penyedia takaful keluarga dan insurans nyawa itu berkata berbekalkan pengalaman cemerlang lebih 25 tahun dalam sektor takaful dan konvensional,Azam Yusof membawa pengetahuan luasnya ke Sun Life.

“Kepakarannya termasuk pemasaran dan jualan,bancassurance dan bancatakaful,pengurusan saluran agensi,pembangunan perniagaan dan transformasi perniagaan strategik.

“Sebagai CEO SLMT,Azam Yusof akan bertanggungjawab menyelia semua aspek perniagaan,termasuk pematuhan syariah dan tadbir urus,” katanya.

Katanya,CEO baharu itu akan menerajui pelaksanaan strategi perniagaan SLMT,yang direka untuk mencapai pertumbuhan berterusan dan meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju utama bancatakaful di pasaran Malaysia.

“Azam Yusof menyertai Sun Life daripada pengendali Takaful keluarga terkemuka,selepas berkhidmat sebagai CEO sejak 2017.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Universiti Illinois Utara dan Ijazah Sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA,” katanya.- BERNAMA