TNB, bomba bekerjasama teruskan siasatan kebakaran di Port Dickson

Feb 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA LUMPUR,14 Februari- Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang bekerjasama dengan pihak bomba untuk meneruskan siasatan insiden kebakaran telah berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar,Port Dickson malam tadi.

TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan langkah kawalan keselamatan telah diambil,dan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan.

"Kebakaran telah dipadam dan setakat malam tadi,tiada sebarang kecederaan kepada warga kerja TNB mahupun orang awam yang dilaporkan.

"Secara keseluruhan operasi stesen janakuasa berada dalam keadaan terkawal," menurut hantaran itu.

Dalam pada itu pihak TNB akan terus memberikan maklumat terkini apabila terdapat perkembangan baharu.