Berita Pengangkutan

Jambatan gantung runtuh, 20 penduduk Kampung Tringgus Bong terputus hubungan

Jan 22, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebanyak enam keluarga yang terdiri daripada 20 orang di Kampung Tringgus Bong,di sini terputus hubungan selepas jambatan gantung utama kampung itu runtuh malam tadi / Foto RTM

BAU,22 Januari – Sebanyak enam keluarga yang terdiri daripada 20 orang di Kampung Tringgus Bong,di sini terputus hubungan selepas jambatan gantung utama kampung itu runtuh malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau,Zainudin Ngatdemon berkata kejadian berlaku sekitar pukul 7 malam apabila jambatan tersebut tidak dapat menahan arus deras akibat kepala air selepas hujan lebat selama lima jam.

"Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian kerana akses terhad dan terpaksa menggunakan jalan alternatif," katanya menerusi kenyataan.

Seramai 155 penduduk dari Kampung Tringgus Matan Nguan,Kampung Tringgus Rabak Rotan,dan Kampung Tringgus Bong turut terjejas apabila rumah mereka dilanda banjir kilat dengan paras air mencapai satu kaki.

Bagaimanapun,mereka dibenarkan pulang pagi ini selepas banjir surut.