Berita Pengangkutan

Dua lelaki rentung dalam kebakaran

Jan 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

ALOR SETAR,21 Januari- Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kekal di Tongkang Yard.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah,Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.51 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal.

"Tindakan operasi pemadaman dilakukan dan api berjaya dibendung pada jam 7.11 pagi tadi dan dimaklumkan terdapat dua mangsa disyaki terbabit," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Kedua- dua mangsa berumur 64 tahun dan 19 tahun .

Katanya setakat pukul 9.50 pagi operasi pemadaman masih berlangsung.

"Proses pemadaman lanjut sedang dilakukan untuk memastikan kedudukan seorang lagi mangsa,"katanya.