Berita Pengangkutan

Ketua Menteri Melaka mahu teruskan sesi perjumpaan awam bersama mahasiswa seluruh negeri

Jan 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO RTM

MASJID TANAH,14 Januari- Sesi perjumpaan awam Ketua Menteri Melaka bersama mahasiswa akan diteruskan di semua institut pengajian tinggi di seluruh negeri.

Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia selepas mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa tersebut.

"Saya akan menjadualkan secara berkala dan akan tiba di semua institut pengajian di negeri ini untuk sama-sama dapat bertukar fikiran dan memberikan pandangan kepada masa depan anak bangsa ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program berkenaan di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Kuala Sungai Baru,Masjid Tanah.

Pada program berkenaan,beliau turut memberi fokus terhadap peranan serta hala tuju mahasiswa abad ke-21.