Berita Pengangkutan

'Alhamdulillah, minggu yang penuh bermakna' - Perdana Menteri

Jan 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong,Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba bertemu Perdana Menteri bagi lawatan rasmi/Foto PMO

KUALA LUMPUR,11 Januari - Kerajaan MADANI terus komited dalam merancang serta melaksanakan usaha bagi memperkukuh ekonomi negara dan sosioekonomi rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,dengan kunjungan tiga pemimpin negara luar ke negara ini memperkukuh hubungan dua hala.

"Alhamdulillah,minggu yang penuh bermakna dan produktif buat Malaysia apabila kita menerima kunjungan pemimpin negara-negara sahabat Singapura,Indonesia dan Jepun.

"Selain mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin,pertemuan dan perbincangan tertumpu kepada lembaran kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata,kerajaan turut memperhebat citra negara selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini demi kemakmuran bersama rantau ini.

Tiga pemimpin negara mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu ini untuk bertemu dengan Perdana Menteri iaitu Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong,Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba

Lawatan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala,membincangkan kerjasama ekonomi,serta menangani isu serantau.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 sekali gus menjadi kali kelima negara memegang jawatan itu.