Berita Pengangkutan

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM3.2 juta

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto MAIPk

KUALA KANGSAR,24 Disember- Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan daripada apan syarikat korporat berjumlah lebih RM3.2 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Penyerahan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),disusuli Metropolitan Utilities Corporation Sendirian Berhad,diikuti Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sendirian Berhad,kemudian,Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Turut menunaikan zakat perniagaan UAC Berhad,Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak,seterusnya Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak.

Majlis penyerahan zakat perniagaan diakhiri oleh Sri Manjung Specialist Centre Sendirian Berhad.

Majlis berkenaan berlangsung di Istana Iskandariah,di sini hari ini.