Berita Pengangkutan

Penyedia platform dalam talian digesa proaktif sekat aktiviti tidak bermoral

Dec 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

KUALA LUMPUR,24 Disember-Semua penyedia platform dalam talian digesa lebih proaktif menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

Menteri Komunikasi Fahmi fadzil berkata,ibu bapa juga berperanan dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama yang di bawah umur bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Fahmi dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada PDRM dan MCMC atas kejayaan pelaksanaan Op Pedo.

Tegas beliau,kerajaan MADANI akan terus menyokong usaha bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terpelihara.

Juga,tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa depan mereka.

Tambah beliau,penahanan 13 individu dalam Op Pedo membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak termasuk secara dalam talian.