Berita Pengangkutan

Ziarah Kasih: Jabatan Mufti Pulau Pinang dekati masyarakat pedalaman

Dec 20, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Program Ziarah Kasih diadakan selama dua hari di Masjid Jamek Jarak Atas,Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara / Foto RTM

TASEK GELUGOR,20 Disember – Dalam usaha memperluaskan kefahaman masyarakat mengenai ilmu fatwa,Jabatan Mufti Pulau Pinang buat julung kalinya menganjurkan Program Ziarah Kasih.

Program diadakan selama dua hari di Masjid Jamek Jarak Atas,Seberang Perai Utara.

Mufti Pulau Pinang,Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman berkata program tersebut bertujuan mendekatkan masyarakat dengan hukum hakam agama dan fatwa.

“Program ini adalah inisiatif pertama Jabatan Mufti Pulau Pinang bersama agensi agama Islam negeri untuk menziarahi masjid di kawasan pedalaman. Ia bertujuan memastikan hukum fatwa dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program tersebut,di sini.

Menurutnya,program tersebut akan diperluaskan ke empat daerah lain di seluruh Pulau Pinang dengan fokus kepada masjid-masjid di kawasan pedalaman.