Berita Pengangkutan

Indeks utama FBM KLCI dijangka cecah 1,800 mata akhir tahun depan

Dec 11, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,10 Disember- MIDF Research menjangkakan indeks utama FBM KLCI akan terus meningkat dan mencecah 1,800 mata menjelang akhir tahun 2025.

Peningkatan itu bakal disokong aliran masuk dana asing,prestasi makro ekonomi dan pertumbuhan asas positif dalam pendapatan korporat.

Ketua Penyelidikan MIDF Research,Imran Yassin Md Yusof berkata,pendapatan konsensus FBM KLCI dijangka berkembang kepada 3.1 peratus tahun ini dan 9 peratus tahun depan.

"Jadi kita akan melihat pertumbuhan pendapatan yang meluas dari segi FBM KLCI,antara sektornya termasuklah perbankan," katanya.

Bursa tempatan katanya,menunjukkan prestasi menggalakkan sepanjang tahun ini,dengan FBM KLCI mencatat kenaikan 11 peratus,setakat 4 Disember lalu.

Bercakap pada sidang media taklimat unjuran pasaran MIDF untuk tahun 2025,jelasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.6 peratus pada 2025.

2025 juga dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia,dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.