Berita Pengangkutan

Kes mayat bayi beku: Hospital tawar awal proses pengebumian kepada waris

Dec 11, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,11 Disember- Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan menerusi media sosial berhubung kes mayat bayi beku di hospital berkenaan sebaliknya hospital berkenaan telah menawarkan proses menguruskan pengebumian sebelum membayar bil.

Hsopital itu dalam satu kenyataan memaklumkan,permit pengebumian telah ditandatangani dan doktor memaklumkan kepada suaminya untuk menguruskan proses pengebumian pada keesokan harinya.

"Suami tersebut kemudian meninggalkan hospital dengan alasan perlu pergi ke tempat lain.

"Pesakit dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar hospital pada hari berikutnya dan beliau memaklumkan tidak mampu untuk membayar keseluruhan bil sebanyak RM2,480," menurut kenyataan itu.

Wanita berkenaan turut memaklumkan bahawa suaminya akan menguruskan proses pengebumian tersebut.

"Oleh itu,hospital menunggu untuk beliau mengambil bayi untuk pengebumian.

"Selepas beberapa hari,Hospital terus mengingatkan beliau untuk meneruskan pengebumian tetapi beliau terus mengatakan bahawa "suami"nya sedang uruskan," tambah kenyataan itu.

Hospital itu turut memaklumkan pesakit dilayan dengan baik dan diberikan makanan percuma sepanjang berada di premis itu selain diberikan khidmat kaunseling.

"Suaminya datang melawat hanya untuk beberapa minit setiap dua hingga tiga hari. Percubaan untuk berbincang dengannya tentang pengebumian gagal.

"Pengurusan hospital kemudian berbincang dengan pesakit untuk melibatkan pihak polis bagi membantu menyelesaikan soal pengebumian tetapi beliau merayu agar tidak melibatkan pihak polis," menurut kenyataan itu.

Pihak hospital juga cuba mendapatkan maklumat tentang keluarga pesakit berkenaan namun ia gagal diperolehi.

Pesakit mendakwa tinggal di rumah sewa bersama suaminya dan memaklumkan bahawa tidak mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan terdekat.

Dalam kenyataan itu juga memaklumkan pesakit tidak pernah menjalani pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilannya dan pemeriksaan hanya dipantau menerusi aplikasi telefon pintar.

"Pesakit dibawa ke hospital oleh suaminya (kemudian mengaku bahawa pesakit tidak berkahwin).

"Memandangkan sakit bersalin yang kuat,beliau dibawa terus dari kereta ke bilik pemeriksaan dengan menggunakan kerusi roda untuk penilaian segera," menurut kenyataan itu.

Hospital itu menyatakan menerima pesakit berkenaan atas dasar kemanusiaan dan dihantar ke bilik bersalin,seterusnya melahirkan bayi tersebut hampir serta-merta.

"Bayinya mengalami sindrom siklop (cyclops syndrome) dengan satu mata,tanpa hidung,dan tanpa dubur. Suaminya tidak menemani beliau semasa proses bersalin. Doktor menjelaskan kepada suami tentang keadaan bayi dan memintanya untuk melakukan azan.

"Suntikan rutin diberikan kepada bayi dan dirancang untuk rujukan,namun bayi itu bertukar menjadi pucat kebiruan. Bayi tersebut meninggal dunia beberapa minit kemudian," tambah kenyataan itu.