Berita Pengangkutan

Akta Peladang dikaji semula untuk tangani cabaran semasa

Dec 4, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR,4 Disember- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini sedang melaksanakan kajian semula dan pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973,Akta Pertubuhan Peladang 1973,serta perundangan subsidiari.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan bahawa kajian dan pindaan itu adalah penting untuk memastikan tatakelola institusi termasuk peranan persatuan dan pertubuhan bawah KPKM kekal relevan dan efektif.

Menurutnya,pindaan tersebut selaras dengan perubahan landskap ekonomi dan cabaran semasa,di samping menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Beberapa penambahbaikan yang dicadangkan termasuk memperkasa fungsi penguatkuasaan dan penyeliaan oleh pendaftar.

“Antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah memperkasa perlindungan hak dan kepentingan anggota Pertubuhan Peladang dengan lebih komprehensif,serta memperluas penglibatan dalam pertubuhan ini bagi mewakili komposisi ahli pertubuhan di pelbagai peringkat," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan AAhli Parlimen Labuan,Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.