Berita Pengangkutan

KIAR didik generasi muda tentang integriti, perangi rasuah

Dec 2, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Datuk Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR,2 Disember- Pelaksanaan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) merupakan langkah dalam mendidik generasi muda mengenai nilai integriti dan memerangi rasuah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Mustapha Sakmud berkata,KIAR merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti,antirasuah serta salah guna kuasa dalam aktiviti seharian.

"Kita juga sedang membuat penambahbaikan kepada modul-modul yang telah dilaksanakan. Pertama kita buat dua modul baru modul rasuah dihina maruah dibina dan pembudayaan integriti dan institusi sosial.

"Kita juga membuat penstruturan semula modul dengan mengasingkan modul berkaitan rasuah dan integriti. Jadi kita harap dengan kajian semula modul-modul ini akan menambah keberkesanan kursus-kursus yang dapat mengelak dan mendidik anak-anak kita menjauhi rasuah," katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukan oleh Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan di Dewan Negara.

Awang bertanyakan soalan berkenaan langkah penambahbaikan dan pengemaskinian untuk memastikan semua IPT mengintegrasikan nilai integriti,tatakelola dan antirasuah dalam kurikulum bagi melahirkan tenaga penggerakpembangunan negara berintegriti,menitikberatkan tadbir urus yang baikdan bebas rasuah.