Berita Pengangkutan

PRR guna konsep komuniti berpagar - KPKT

Nov 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 November- Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal dilancarkan tahun depan akan menggunakan konsep perumahan komuniti berpagar.

Ini bertujuan menambah baik pengurusan perumahan strata awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata penghuni skim perumahan itu akan menerima kad akses untuk pintu pagar masuk bangunan dan lif.

"Sekiranya mereka bayar,mereka akan dapat akses. Jika mereka enggan bayar,saya mohon maaf.

Ini bertujuan untuk memastikan setiap penduduk bekerjasama sebagai satu komuniti yang boleh hidup aman,sentosa dan hormat menghormati," kata Nga di Parlimen,hari ini.

Beliau menjawab soalan Hulu Selangor,Mohd Hasnizan Harun mengenai kaedah penyelesaian isu perumahan strata kos rendah.