Berita Pengangkutan

PPDR Negeri Melaka 2035 bakal dilancar

Nov 12, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital negeri,Datuk Fairul Nizam Roslan selepas merasmikan Seminar Melaka Intelligence Centre 2024: “Menjalin Kolaborasi Kerajaan,Akademia & Industri” di Bandaraya Melaka. Foto / RTM

BANDARAYA MELAKA,12 November - Pelan Pembangunan Data Raya Negeri Melaka 2035 (PPDR 2035) bakal dilancar 20 Disember ini.

Exco Sains,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,pelan ini merupakan komitmen jangka panjang kerajaan negeri dalam memastikan Melaka terus berada di barisan hadapan bagi revolusi data raya.

Ini termasuk menggariskan strategi-strategi penting dalam memperkukuh infrastruktur digital,memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI),dan memastikan setiap sektor dapat memanfaatkan teknologi data raya secara optimum untuk pembangunan negeri yang mampan.

"Pelancaran garis panduan Perkongsian Data Sektor Awam Negeri Melaka ini akan dapat memastikan perkongsian data antara agensi mematuhi undang-undang seperti Akta Perlindungan Data Peribadi,Akta Rahsia Rasmi Kerajaan dan sebagainya," Jelas beliau selepas merasmikan Seminar Melaka Intelligence Centre 2024: “Menjalin Kolaborasi Kerajaan,Akademia & Industri” di Bandaraya Melaka.