Berita Pengangkutan

Belanjawan 2025: KPK kemuka cadangan untuk perkasa industri sawit

Sep 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Komoditi sawit antara eksport utama Malaysia

PUTRAJAYA,23 September - Semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit dan peruntukan tambahan bagi tujuan penanaman semula komoditi itu,antara cadangan utama yang dikemukakan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Menterinya,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata dua cadangan itu penting bagi memperkasakan industri sawit yang menjadi antara eksport utama negara.

"WPL perlu disemak semula supaya harga minyak sawit negara kompetitif dengan negara pengeluar lain dan ia adalah perkara utama yang diminta oleh pemain industri sawit," katanya yang ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2023/2024 di sini hari ini.

Mengenai cadangan peruntukan tambahan bagi tujuan penanaman semula sawit pula,Johari berharap cadangan tersebut dapat dipertimbangkan kerana ketika ini hampir 1.5 juta hektar ladang sawit dikendalikan oleh pekebun kecil yang memerlukan dana berkenaan.

“Tahun lepas kerajaan bagi RM100 juta tetapi 50 peratus adalah geran dan 50 peratus pinjaman tetapi yang akan datang ini saya ingat pekebun kecil perlu lebih dana untuk penanaman semula sawit untuk pastikan eksport kita pada masa akan datang tidak terjejas,” ujarnya.

Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober depan.