Berita Pengangkutan

ABIM sokong resolusi PBB menentang penjajahan Israel di Palestin

Sep 22, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR,22 September- Gerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong resolusi yang baru diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk penempatan haram Israel di Palestin.

Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menerusi satu kenyataan memaklumkan,langkah penting itu menegaskan komitmen masyarakat antarabangsa terhadap keadilan dan hak penentuan nasib sendiri bagi rakyat Palestin.

“Namun,tindakan terkini Israel,termasuk serangan 'pager phone' yang meragut sembilan nyawa,termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun,dan mencederakan hampir 3,000 orang,jelas menunjukkan perilaku seperti pengganas.

“Serangan pengganas ini,berserta dengan genosid berterusan di Gaza,menunjukkan bahawa Israel tidak berminat untuk mengadakan gencatan senjata atau mencapai keamanan di rantau ini.

"Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam mencerminkan pengabaian yang nyata terhadap nyawa manusia dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Ahmad Fahmi menegaskan bahawa adalah tidak dapat diterima bagi Israel,yang digambarkan sebagai "negara pengganas," untuk meneruskan tindakannya tanpa dikenakan sebarang tindakan,seolah-olah ia berada di atas undang-undang.

“Masyarakat antarabangsa mesti mengambil langkah signifikan untuk memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran yang berterusan.

"ABIM berpegang teguh kepada prinsip bahawa keadilan dan pertanggungjawaban adalah penting untuk mencapai keamanan yang berkekalan di rantau ini,"jelasnya dalam kenyataan tersebut.