Berita Pengangkutan

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah

Sep 11, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,11 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah semasa awal dagangan di Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu.

Setakat pada pukul 9.22 pagi,September 2024 turun 5.0 mata kepada 1,638.0,Oktober 2024 dan Mac 2025 masing-masing susut 4.0 kepada 1,642.0 dan 1,633.0 manakala Disember 2024 kurang 4.5 mata kepada 1,645.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,863 lot,dengan kepentingan terbuka pada 47,718 kontrak.

FBM KLCI merosot 17.22 mata kepada 1,643.13 selepas 42 minit dagangan.- BERNAMA