Berita Pengangkutan

Lapan kampung di Langkawi terjejas banjir

Aug 28, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO ORANG AWAM

LANGKAWI,28 Ogos- Tiga buah mukim melibatkan lapan buah kampung di Langkawi,Kedah terjejas banjir hari ini membabitkan mukim Padang Matsirat,Bohor dan Kuah.

Pegawai Pertahanan Awam Langkawi,Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata hujan lebat berterusan sejak tengah malam hingga pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Di Padang Matsirat antaranya membabitkanPasar Awam Padang Matsirat,Kampung Limbung Putra dan Kampung Atas Kampung Batu Ara.

Sementara di Bohor -- Kampung Atas Bukit Kemboja,Kampung Nyior Chabang dan Kampung Lubuk Setul manakala Kuah -- Kampung Kerman Sungai Menghulu.

Khairul berkata tinjauan awal mendapati 10 buah rumah di Kampung Limbung Putra telah terjejas dengan jumlah keseluruhan penduduk terlibat sedang dikenal pasti.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan beliau berkata tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambah beliau banjir di Langkawi semakin surut namun masih belum melepasi paras berjaga-jaga.

BERITA BERKAITAN

Bomba bantu individu terkandas banjir kilat