Berita Pengangkutan

Longkang runtuh, DBKL ambil langkah awalan

Aug 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan,'water barrier' dan kon semalam berhubung kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai,Kampung Kerinchi.

DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan,kerja pemasangan tersebut telah dilakukan pada pukul 10.00 malam semalam.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai,Kampung Kerinchi.

"Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan,water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada 26 Ogos,pukul 10.00 malam," katanya.