Berita Pengangkutan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, berikutan operasi BNM

Aug 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KUALA LUMPUR,26 Ogos-Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia(BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM35.22bilion dalam sistem konvensional dan RM20.49bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.2bilion dan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta,kedua-duanya untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNMakan menjalankantender semalaman konvensional sehingga RM37.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehinggaRM21.3bilion.- BERNAMA