Berita Pengangkutan

Harga petrol, diesel kekal

Aug 1, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,31 Julai- Harga runcit bagi petrol RON97,RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47,RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah,Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kadar ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.