Berita Pengangkutan

Laluan bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan ditutup sementara

Jul 30, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 Julai- Penutupan jalan secara sementara akan diadakan bersempena Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara,Laman Putra 4,Presint 1,Putrajaya Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur,ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan penutupan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat.

"Laluan kenderaan di bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan dibuka semula selesai acara tembakan meriam dilakukan.

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur khasnya telah menempatkan lebih kurang 82 anggota bagi mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut berlangsung.

"Pengguna jalan raya terutama petugas dan kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,"katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862135.