Berita Pengangkutan

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Jul 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,23 Julai- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Selasa,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.66 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.56 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik RM1.5 bilion bagi 31 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semua serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM38.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM24.6 bilion. -BERNAMA