Berita Pengangkutan

Harga minyak global susut ke paras terendah dalam tempoh enam minggu

Jul 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,23 Julai- Harga minyak meneruskan penyusutan ke paras terendah dalam tempoh enam minggu,menyaksikan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh di bawah paras 80 dolar setong.

Penurunan didorong keputusan Presiden Joe Biden untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula.

Pendiriannya itu meningkatkan ketidaktentuan politik dalam pasaran yang telah sedia terkesan oleh permintaan bahan api musim panas yang lemah.

Minyak mentah West Texas Texas Intermediate (WTI) susut kepada 77.58 dolar setong pada Isnin,paras terendah sejak awal Jun.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent UK bagi September ditutup pada 82.40 dolar setong,turun 0.3 peratus.

Manakala penanda aras minyak mentah global jatuh 4.5 peratus berbanding dua minggu sebelumnya,kepada 81.61 dolar setong dalam sesi terkini.