Berita Pengangkutan

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi dipacu sentimen eksport yang kukuh

Jul 19, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,18 Julai- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis,dipacu oleh sentimen eksport yang positif yang meningkatkan dinamik pasaran,kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata,keadaan eksport yang menggalakkan dibuktikan dengan permintaan kukuh dan unjuran perdagangan yang optimistik,terus meningkatkan keyakinan pelabur dan menyokong trajektori menaik dalam harga niaga hadapan MSM.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat RM8 kepada RM3,985 satu tan,September 2024 naik RM6 kepada RM3,959 satu tan dan Oktober 2024 bertambah RM5 kepada RM3,937 satu tan.

Kontrak November 2024 naik RM3 kepada RM3,924 satu tan,manakala Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing naik RM4 kepada RM3,925 satu tan dan RM3,934 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun jatuh kepada 58,517 lot daripada 59,127 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 221,883 kontrak daripada 218,883 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan meningkat RM10 kepada RM4,040 satu tan. -BERNAMA