Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 Julai- Seorang pekebun berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun,dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi dalam satu kenyataan berkata,lelaki berkenaan direman sejak 11 Julai hingga semalam.
"Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
"Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Sebelum ini media melaporkan dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan,3,dan adiknya Muhammad Luth Syauqi,2,meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.