FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,13 Julai - Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat A330neo pertamanya pada suku ketiga tahun ini.
Menerusi kenyataan syarikat pengeluar pesawat Airbus berkata,pesawat itu merupkan komponen penting dalam strategi pembaharuan Malaysia Aviation Group (MAG) bermula tahun 2022.
Pesawat tersebut telah selesai fasa mengecat dan akan dilengkapi dengan enjin dan menjalani ujian prestasi sebagai persediaan untuk penerbangan pertamanya.
Selain,sistem kabin yang akan diuji termasuk pemeriksaan menyeluruh aliran udara dan sistem kemudahan dan hiburan dalam penerbangan.
Syarikat pengeluar pesawat tersebut turut akan menjalankan ujian prestasi umum bagi memastikan ia memenuhi semua spesifikasi dan sedia untuk penyerahan.
Pesawat ini secara tidak langsung membolehkan syarikat penerbangan tersebut menawarkan perkhidmatan laluan merentas Asia,Ocenia dan Asia Barat.