FOTO FAIL
BATU PAHAT,13 Julai - Perancangan menubuhkan Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JDTC) mampu memastikan isu kehilangan bakat tempatan terutama dalam bidang tenaga kerja mahir dapat diatasi.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri,Aznan Tamin berkata,bagi mencapai hasrat tersebut kerjasama pihak industri dengan agensi-agensi pendidikan turut dibentuk.
Menurutnya ramai dalam kalangan graduan dan lepasan kolej di negeri Johor kini memilih untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara.
Situasi tersebut dilihat tidak sihat kepada negeri itu,sekali gus menjejaskan pelan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
"Sebab itu kami mewujudkan majlis JTDC supaya untuk memastikan kerjasama antara pendidikan dan industri. Supaya tidak terlepas pelajar-pelajar kita untuk mendapatkan pekerjaan. Kerana berlakunya selama ini adalah silibus modul yang mereka belajar itu tidak sama keperluannya yang diperlukan pihak industri," kata Aznan.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kita Madani Negeri Johor 2024,di sini.