Chang Lih Kang
ISKANDAR PUTERI,29 Jun- Sasaran eksport terkumpul bernilai RM2.8 bilion,bagi industri berasaskan sarang burung walet,mampu dicapai negara,menjelang 2030.
Angka itu boleh dicapai dengan pasaran eksport produk berkenaan kira-kira 350,000 kilogram,hasil pemerkasaan bidang bioteknologi,dalam industri terbabit.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata,pemain industri perlu disokong menerusi kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi melengkapkan mereka,dengan kemudahan teknologi,kepakaran dan pembiayaan sewajarnya.
"Seperti yang saya nyatakan tadi,memang ini satu pasaran yang besar dan ianya semakin berkembang. Jadi kita perlu mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan teknologi dan produktiviti.
"...dengan menggunakan teknologi yang ada kena peningkatan kemahiran itu kemudian memainkan peranan penting dalam pasaran global," katanya dalam Majlis Perasmian Pusat Fasiliti Bioteknologi Syarikat Glyken International Berhad,di sini.
Pembukaan pusat berkeluasan 29,220 kaki persegi dengan fasiliti serba canggih itu,ia bakal membawa imbuhan besar kepada industri sarang burung walet negara.
Syarikat Glyken,berupaya menghasilkan 10 jenis produk berasaskan sarang burung,dengan anggaran jualan bernilai RM25 juta setahun.