Berita Pengangkutan

Portal MyInvois LHDN kini boleh diakses

Jun 29, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Portal MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini boleh diakses bagi tujuan pengeluaran dan penghantaran e-Invois / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA,29 Jun - Portal MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini boleh diakses bagi tujuan pengeluaran dan penghantaran e-Invois.

LHDN memaklumkan ketersediaan portal MyInvois itu membuktikan komitmen agensi berkenaan dalam memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar terutamanya dalam kalangan pembayar cukai Fasa 1 yang akan menggunakan e-Invois secara mandatori mulai 1 Ogos ini.

“Menerusi perkembangan terbaharu ini,pembayar cukai boleh mengemukakan e-Invois kepada LHDN melalui dua kaedah iaitu Integrasi Application Programming Interface (API) (bagi syarikat yang mempunyai sistem perisian sendiri) dan portal MyInvois yang boleh diakses secara percuma di https://mytax.hasil.gov.my,” menurut LHDN menerusi kenyataan.

Sebagai maklumat tambahan,Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 3.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.2) telah dimuat naik di Laman Mikro e-Invois di portal LHDN menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Kerajaan berhasrat melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia.

Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu satu daripada tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.