Berita Pengangkutan

Kursus Integriti dan Antirasuah, mata pelajaran wajib TVET

Jun 28, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kerajaan bersetuju untuk menjadikan modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai mata pelajaran wajib,di semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seluruh negara / Foto Hiasan

PUTRAJAYA,28 Jun- Kerajaan bersetuju untuk menjadikan modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai mata pelajaran wajib,di semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seluruh negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan,persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis TVET negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,pada 20 Mei.

“SPRM juga akan menyediakan tenaga pengajar Latihan Jurulatih (TOT) dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009,” menurut SPRM menerusi kenyataan.

Dalam pada itu,Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM,Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dalam kenyataan yang sama berkata SPRM peka dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang TVET selari dengan keperluan revolusi industri 4.0.

Jelas beliau,inisiatif yang diperkenalkan itu,sejajar dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 iaitu memperkenal pelaksanaan modul atau Kursus Integriti dan Antirasuah kepada pelatih TVET di institusi TVET.

“Oleh itu,modul KIAR ini dijadikan sebagai sebahagian daripada pendidikan TVET sedia ada sebagai satu usaha berterusan,untuk melahirkan tenaga kerja dan usahawan yang tidak berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah dalam urusan perniagaan," katanya.