Berita Pengangkutan

Program 'HerLead' jadi platform DAP pilih calon wanita bagi pilihan raya akan datang

Jun 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Setiausaha Agung DAP,Anthony Loke/ BERNAMA

PUTRAJAYA,23 Jun- Program 'HerLead' yang merupakan Program Pendidikan Kepimpinan Politik anjuran Wanita DAP menjadi platform untuk parti itu memilih calon wanita bagi Pilihan Raya akan datang.


Menurut Setiausaha Agung DAP,Anthony Loke,program tersebut adalah permulaan bagi mencungkil bakat dalaman,selain melatih lebih ramai calon muda terutamanya dalam kalangan wanita.

"Bukannya automatik dia dah melalui kursus ini terus jadi calon... Tidak,tetapi yang berlaku ialah bila kita ada pemimpin-pemimpin yang telah ada pendedahan ini,kita tahulah ada poll dia,ada satu kumpulan yang boleh kita pilih. Jadi kita nak pilih calon-calon yang berkualiti.

"Ini trend dalam semua parti politik sekarang dan DAP memang amat mengambil serius. Kita nak calon yang pertamanya boleh menang,iaitu dia ada kekuatan akademik,pengalaman,ada rekod khidmat masyarakat dan ada daya kepimpinan. Ini yang penting",katanya dalamsidang media Majlis Penutup Program Pendidikan Kepimpinan Politik Anjuran Wanita DAP di Putrajaya.


Tambahnya,DAP adalah parti yang sangat kehadapan untuk memastikan lebih ramai wanita terlibat dalam politik,selari hasrat Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat yang mahu penglibatan lebih ramai wanita menjadi wakil di Parlimen.


Kumpulan pertama program 'HerLead' menyaksikan seramai 32 wanita dipilih menyertai program tersebut yang diadakan selama dua hari dan para peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk kepimpinan,dasar parti dan sebagainya.