Berita Pengangkutan

Penyertaan wanita dalam sektor tenaga buruh harus dipertingkat - Aminuddin

Jun 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

SEREMBAN,23 Jun- Para majikan digalak untuk menyediakan persekitaran kondusif bagi kaum wanita supaya dapat menyertai pasaran buruh.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata usaha itu dapat direalisasikan antaranya menerusi penyediaan taska di tempat kerja yang dilihat dapat menyumbang kepada peningkatan penyertaan wanita dalam pelbagai sektor.

Kolaborasi majikan dengan penyedia perkhidmatan taska juga dapat membuka lebih banyak ruang untuk penjanaan ekonomi bagi wanita berikutan secara purata pengusaha taska penjagaan anak-anak adalah dipelopori kaum wanita.

"Berdasarkan Laporan Tenaga Buruh April 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,jumlah penyertaan tenaga buruh wanita adalah sebanyak 56.6 peratus berbanding lelaki pada tahap 83.2 peratus. Kita masih jauh tertinggal berbanding Kemboja (69.46 peratus,2023),Vietnam (68.48 peratus,2023) dan Singapura (61.63 peratus,2023)."

"Sementara itu,penyertaan wanita sebagai tenaga buruh di Negeri Sembilan masih rendah di bawah nasional dengan kadar purata 48.3 peratus sepanjang 20 tahun," kata Aminuddin kepada pemberita pada Majlis Penutup Karnival Wanita Madani,di sini.

Dengan usaha itu,ia dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh serta memperkukuh sektor ekonomi yang diterajui oleh wanita,menjadikan mereka lebih berdaya saing dan mandiri.

Seramai 6,300 pengunjung hadir memeriahkan karnival yang berlangsung selama dua hari.