
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Ir Dr Mohamed Ridzuan Jahidin (kiri),foto FB Lembaga Lebuhraya Malaysia
CYBERJAYA,22 Oktober –Aplikasi navigasi tempatan,TuJu terus ditambah baik sebagai alternatif kepada platform navigasi asing,selaras dengan usaha kerajaan memperluas penggunaan teknologi tempatan serta memelihara kedaulatan data negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita juga menyediakan butang SOS. Sekiranya pengguna menghadapi masalah di lebuh raya,mereka boleh menekan butang berkenaan dan maklumat kecemasan akan disalurkan kepada konsesi lebuh raya yang terlibat.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai isu keselamatan negara di Cyberjaya .
TuJu 2.0 kini tersedia untuk pengguna Android,manakala versi iOS dijangka dilancarkan pada penghujung bulan ini.
Dari aspek pengurusan data,pihak TuJu memaklumkan data aplikasi berkenaan berada di bawah pengurusan LLM,manakala perkhidmatan Google Cloud digunakan dalam pengendalian data berkenaan.
Aplikasi itu turut merekodkan lebih 700,000 muat turun susulan peningkatan minat pengguna terhadap platform navigasi tempatan.