Berita bertemu

Perancangan bandar perlu utamakan kelestarian, keperluan penduduk

Sep 29, 2026 IDOPRESS

Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,Fakulti Alam Bina,Universiti Malaya,Profesor Madya Dr Yong Adilah Shamsul Harumain / RTM

KUALA LUMPUR,29 September– Perancangan bandar di Malaysia perlu mengutamakan kelestarian dan keperluan penduduk,bukan hanya pembangunan serta keuntungan,bagi memastikan ia selamat dan selesa untuk didiami.

RINGKASAN BERITA AI

−

Jelasnya,perancangan bandar juga perlu mengambil kira keadaan kawasan sedia ada termasuk kawasan yang telah padat,selain memastikan pembangunan baharu tidak menjejaskan keperluan penduduk.

Katanya,manfaat perancangan bandar yang baik perlu dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira jenis perumahan atau latar belakang ekonomi.

Sementara itu,beliau berkata Universiti Malaya turut menawarkan Kursus Sarjana Urbanisme Mampan bagi melahirkan perancang dan tenaga profesional yang mampu menangani cabaran pembangunan bandar masa kini.