Berita bertemu

2.4 juta anggota koperasi belia jana perolehan RM848 juta

Nov 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Belia perkasa koperasi / Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 November - Gerakan koperasi belia terus berkembang pesat di seluruh negara dengan penyertaan 2.4 juta anggota dengan jumlah perolehan mencecah RM848 juta,setakat 31 Disember 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick memberitahu daripada angka itu,3,072 koperasi daripada kumpulan sasar belia telah didaftarkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tempoh sama.

"KUSKOP melalui SKM komited untuk terus memperkasakan gerakan koperasi berdasarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 dan Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030," katanya di Dewan Rakyat.

SKM juga katanya,telah melancarkan Program Jom Jelajah Koperasi 2024-2025 bagi merangsang aktiviti koperasi yang terlibat dalam industri hospitaliti,penjagaan kesihatan dan kraf dalam usaha memperkasa koperasi yang bergiat aktif dalam sektor pelancongan.