ATM sambut baik Belanjawan 2026, pemangkin kukuhkan pertahanan

Oct 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 Oktober -Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,semalam.

Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata,belanjawan tersebut menjadi pemangkin penting kepada ATM dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara serta mempercepat proses pemodenan aset ketenteraan dan penjagaan kebajikan anggota serta keluarga.

"Bagi tahun 2026,Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion,meningkat hampir tiga peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu,RM14.11 bilion diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus,manakala RM7.63 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan," katanya menerusi satu kenyataan.

ATM menegaskan komitmennya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah demi mempertahankan kedaulatan negara serta memperkukuh keselamatan di kawasan sempadan.