Rizab antarabangsa BNM meningkat

Jul 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

KUALA LUMPUR,7 Julai -Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.6 bilion (US$1=RM4.20) setakat 30 Jun,2025 daripada US$119.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jun,2025.

Dalam satu kenyataan hari ini,bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (US$107.0 bilion),kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion),hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion),emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM607.31 bilion,merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain,termasuk SDR (RM510.06 bilion),kertas kerajaan Malaysia (RM13.27 bilion),deposit oleh institusi kewangan (RM6.83 juta),pinjaman dan pendahuluan (RM27.26 bilion),tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) dan aset-aset lain (RM45.31 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM607.31 bilion,terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta),rizab (RM189.55 bilion),mata wang dalam edaran (RM171.82 bilion),deposit oleh institusi kewangan (RM122.23 bilion),deposit kerajaan Persekutuan (RM7.07 bilion),deposit lain (RM75.78 bilion),kertas Bank Negara (RM10.06 bilion),peruntukan SDR (RM27.78 bilion) dan liabiliti lain (RM2.92 bilion). - BERNAMA