Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia

Jul 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor

KOTA KINABALU,2 Julai - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) pertama di Malaysia,di sini.

SDCC dilengkapi teknologi maklumat dan komunikasi terkini,termasuk sistem persidangan video serta pangkalan data komprehensif bagi pengumpulan dan analisis maklumat berkaitan bencana.

"Pusat yang beroperasi di Menara Kinabalu itu berfungsi sebagai platform bersepadu bagi menyelaras tindakan agensi keselamatan dan penyelamat,badan bukan kerajaan (NGO) serta badan penyelidik semasa berlakunya bencana," katanya.

Pusat itu dibangunkan secara bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan SDCC akan memastikan tindakan yang lebih pantas dan tersusun ketika berlaku bencana

Ia menelan kos sebanyak RM750,000 dan siap dibangunkan dalam tempoh lapan bulan.

Turut hadir Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ariffin Arif; Timbalan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Mohd Yusoff Samad.