Belum ada tawaran lanjut khidmat - Ketua Hakim Negara

Jun 24, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Hakim Negara,Tun Tengku Maimun Tuan Mat,bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Law and Practice of Intellectual Property Law in Malaysia’ di Asian International Arbitration Centre,hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Jun - Ketua Hakim Negara,masih belum menerima sebarang makluman berkenaan lanjutan tempoh perkhidmatannya. Beliau bakal bersara wajib pada 1 Julai ini.

“Sehingga kini,masih belum mendapat apa-apa khabar,” Katanya ringkas kepada media ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku 'Law and Practice of Intellectual Property Law in Malaysia' di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC),di sini.

Tun Tengku Maimun dilantik pada tahun 2018 sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama dalam sejarah Malaysia,dikenang atas kepimpinan beliau yang sering digambarkan berprinsip dalam membentuk landskap kehakiman negara.

Menurut beliau,dua lagi hakim iaitu Presiden Mahkamah Rayuan,Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan,Tan Sri Nallini Pathmanathan,juga belum ada sebarang perkembangan terkini bagi lanjutan perkhidmatan mereka.

Tan Sri Abang Iskandar akan bersara wajib pada 2 Julai,manakala Tan Sri Nallini pada 22 Ogos.

Mengikut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan,hakim Mahkamah Persekutuan boleh berkhidmat sehingga usia 66 tahun,dengan pilihan lanjutan maksimum enam bulan tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agong.