Bas kilang terbalik, 33 penumpang cedera ringan

Jun 5, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto JBPM

BANGI,5 Jun- 33 penumpang sebuah bas kilang cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Bandar Baru Bangi pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 6.59 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi tiba di lokasi pada pukul 7.05 pagi.

Kemalangan membabitkan sebuah bas kilang yang membawa 44 pekerja warga asing. Lapan mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Manakala selebihnya telah diberikan rawatan di lokasi kejadian. 11 penumpang yang lain dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.