Malaysia kutuk sekeras-kerasnya peningkatan operasi ketenteraan zionis di Gaza

May 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto- AFP

KUALA LUMPUR,14 Mei - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman terbaharu Israel untuk terus meningkatkan serangan ketenteraan di Gaza.

Walaupun usaha ke arah gencatan senjata sedang giat dijalankan.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata,zionis secara terang-terangan melakukan jenayah genosid,mencetuskan kebuluran dan mengusir penduduk Palestin secara besar-besaran atas nama 'pemindahan sukarela'.

Rejim itu turut didakwa mendesak negara lain menerima pelarian Palestin,satu tindakan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) supaya segera mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman yang berterusan ini.

Wisma Putra menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan sah rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka dan membina negara sendiri.

Malaysia turut menegaskan pendirian bahawa Palestin mesti diiktiraf sebagai negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.