KPM laksana AI, perkukuh ekosistem pendidikan digital

Apr 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek/Foto FB Fadhlina

KOTA KINABALU,17 April- Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara elemen utama yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan digital di Malaysia.

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata antara yang diberikan tumpuan dalam usaha berkenaan ialah memperkukuh prasarana dan juga melalui dasar pendidikan negara.

"Penekanan akhlak dan nilai murni dalam diri pelajar turut menjadi pendekatan kementerian dalam memperkasa jati diri pelajar menjadi modal insan berkualiti," kata Fadhlina.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Seminar Kepimpinan MADANI,Cakna Pendidikan Digital di Universiti Malaysia Sabah (UMS),di sini.

Tambah Fadhlina,pendidikan karakter perlu seiring dengan pendidikan digital,teknologi dan AI kerana anak-anak masa kini sudah semestinya akan mendapat teladan yang baik.