Berita bertemu

Insiden Putra Heights: Perkhidmatan van percuma Rapid KL On-Demand ditamatkan

Apr 14, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Prasarana

PETALING JAYA,13 April – Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand secara percuma kepada penduduk terjejas kebakaran paip gas di Putra Heights telah ditamatkan susulan penutupan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan perkhidmatan yang bermula pada 3 April 2025 itu memberi manfaat kepada lebih 1,100 individu termasuk penduduk terjejas,sukarelawan dan agensi kerajaan dengan menyediakan pengangkutan dari PPS ke kawasan kediaman sekitar Putra Heights,Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

"Inisiatif di bawah program Prasarana Prihatin ini melibatkan 10 buah van dan kira-kira 50 petugas. Selain itu,Prasarana turut menyediakan lima van khas untuk membawa 103 pelajar ke 19 sekolah sekitar Putra Heights,USJ,Seafield dan Shah Alam," menurut Prasarana menerusi kenyataan.

Menurut Prasarana,sambutan daripada penduduk terjejas amat menggalakkan,manakala pihak berkuasa tempatan turut memuji komitmen Prasarana dalam membantu komuniti yang terjejas.

Prasarana turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dan menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagai rakan mobiliti rakyat yang prihatin.