Berita bertemu

Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan

Apr 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

NIBONG TEBAL,8 April - Satu kertas siasatan dibuka berhubung insiden buli melibatkan sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Nibong Tebal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan,Superintenden Jay January Siowou berkata pihaknya telah mengambil tindakan proaktif selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ini termasuk usaha mengesan institusi tersebut serta kesemua individu yang terlibat bagi mendapatkan keterangan.

"Siasatan dilakukan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek. Kes akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu,sebuah klip video berdurasi 31 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu dipercayai pelajar sekolah di sebuah asrama melakukan perbuatan seperti membuli seorang individu lain di atas katil.

Polis mengesahkan video tersebut membabitkan insiden di sebuah MRSM di daerah Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.