Berita bertemu

Banjir Batu Pahat: Penduduk terjejas meningkat kepada 326 orang

Apr 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto APM

BATU PAHAT,6 April – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading,di sini,meningkat kepada 326 orang berbanding 321 setakat pukul 12.00 malam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,PPS berkenaan kini menempatkan 108 keluarga dari Kampung Baharu,Batu Pahat yang terjejas akibat banjir kilat.

PPS tersebut telah dibuka pada pukul 2 petang kelmarin,selepas hujan lebat menyebabkan limpahan air sungai dan menenggelamkan kawasan rendah di kampung tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan,Sungai Senggarang mencatatkan paras amaran dengan bacaan 3.35 meter,manakala Sungai Batu Pahat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terus melakukan pemantauan di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk dan tindakan segera jika keadaan bertambah buruk.