Berita bertemu

Anwar terima kunjungan hormat Prabowo sempena Aidilfitri

Apr 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,6 April – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Indonesia,Prabowo Subianto dalam satu pertemuan petang tadi.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan,pertemuan sempena sambutan Aidilfitri itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban,mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut,kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa isu serantau,termasuk kesan tarif baharu Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN serta usaha bersama menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat bencana gempa bumi baru-baru ini.

Anwar turut menzahirkan harapan agar semangat Aidilfitri akan terus memperkukuh hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia,demi keamanan dan kesejahteraan serantau.